Friday 10 August 2012

! لا تحزن

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Salam Alaik to all friends. To those who keep update on my blog, I am truly appreciative of that (: 2nd semester's holiday was not that awesome as what I've always thought. Kata orang, kita merancang Tuhan tentukan. Honestly, deep down I am not feeling at ease now. Haha. Biasalah.. Hidup mana yang tak ada masalah.

So first of all, let me share with you what I have read in the most popular book La Tahzan, that I have just bought on May. Too many things bothering my mind, and I guess the zikrullah helps, as well as this book. It might not give a direct relief, but it eventually made me feel better. 


Those parts that I love..

Usirlah Kekosongan Dengan Kesibukan.

Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup, biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas-desus yang tidak bermanfaat itu, kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah.

Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyung haying ke kanan dan ke kiri.

Bila pada suatu hari anda mendapatkan diri anda mengagggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas. Sebab, dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana; dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang tentu anda alami. Dan itu, membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu, saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya: Membiarkan diri dalam kesongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.

Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina: meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan satu titis air setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang akan menjadi stress dan gila.

Mengaggur dapat melalaikan diri, dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri professional, sedangkan akal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu. Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan “pisau” kesibukan. Dengan cara itu, doctor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan, dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas tilam yang empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan airmata kesedihan.

Jangan Bersedih. Bacalah Kaedah-Kaedah Menuju Bahagia.

1. Ketahuilah bahawa jika anda tidak hiduo dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang ke mana-mana. Seterusnya semua urusan menjadi kacau-bilau serta kecemasan dan kedudukan anda akan menjadi lebih banyak.
2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.
3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikir hingga ia datang dengan sendirinya.
4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.
6. Barangsiapa menginginkan ketengangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.
7. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha’ dan qadar.
8. Jangan manunggu ucapan terima kasih dari seseorang.
9. Persiapkan diri untuk menerima kemungkinan terburuk.
10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.
11. Semua ketentuan Allah bagi seorang muslim adalah baik bagiNya.
12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
13. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.
14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
15. Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
17. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.
18. Jangan hancurkan hidup anda hanya keran perkara-perkara yang remeh.
19. Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.
20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.
21. Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air, dan bayangan.
22. “dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.” –Adz-Dzariat:22
23. Kebanyakan dari apa yang anda lakukan tidak akan berlaku.
24. Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.
25. Sesungguhnya jika Allah mencitain suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.
26. Ulangilah doa-doa menghapuskan bencana.
27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.
28. Tinggalkanlah semua desas-desus, dan jangan percaya kepada khabar angin.
29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
30. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa.


**********************************************************

It is totally NOT my intention to seek any sympathy. But please, do pray for my father's condition. He may seem fine now, getting back to drive his taxi as usual. But his sickness needs alot of care. Tak boleh makan itu ini, tak boleh stress tak boleh penat. Sama-sama doakan beliau ye. 


****************************************************************

OK ! STOP RIGHT THERE ! 


Ada juga perkara yang menyeronokkan waktu holiday ni. Walaupun boleh dikira dengan jari. Despite all the tiredness at work, family problems and stuffs, I managed to make myself happy at the kitchen  every time during my off day !


Okay it did not look that great but I enjoyed 'kirai-ing' :p It was my brother's request for roti jala (or some may say, roti kirai). So since dad was not that well, mum was busy with sewing, I took the initiative to do it. Oh well. It wasnt hard at all. Tepung, air, garam, telur, and color essence thats it. Rupa takda takpe. Rasa tu yang penting ;)

That was during Buka Puasa. Later at night, I got another request from my sister, to make more roti jala with different color, so here it is ................................ 


TADAAA ! Amacam? Some say it looks like a rose. Haha. Ohh. Tak ada flavor pon. Guna coloring aje ;)

****************************************************************

MORAL OF THE STORY?

Setiap kesedihan atau kerunsingan , atau apa2 yang sewaktu dengannya, kenalah cari jalan untuk atasi. Untuk dapat kepuasan atau kebahagiaan, kita tak boleh harapkan sesiapa. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang usaha?

*pesanan untuk diri sendiri 24 jam. Huhuhu.

 والله أعلم بالصّواب