Tuesday 19 June 2012

Be Yourself (:

بسم الله الرّحمن الرّحيم

It's 19th of June. Exams are over and I just hope my efforts are worthwhile. And it takes me quite a while to update this but yeah, SERU is not fogotten ;)

Satu perubahan dalam semester dua ni. I realised myself being more positive in any thing that I do. walaupun mulut kata susah, asik mengadu, tapi jauh di sudut hati, saya percaya saya boleh buat. And guess what, I've been pushing myself, yes, my own self to achieve what I want. Orang sekeliling hanya boleh membantu beri semangat, beri nasihat, tapi kalau bukan diri sendiri yang melakukan anjakan paradigma itu, semuanya pasti akan jadi mustahil.

I've been surrounded by genius and awesome people who inspire me to not stop trying, to be among them, especially. The inferiority is always there. Tapi rasa tak puas hati sentiaa menguasai diri ! And I believe in these two quotes below


Hmm. In short, I know I cant be anyone else. Jadi diri sendiri, perbaiki apa yang kurang.

والله أعلم بالصّواب

Saturday 9 June 2012

Gelagat Rakan-Rakan Yang Menjadi Teladan

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Dearest friends, coaches Abg Mirul and Kak Elin, deepest apology that this blog has been neglected for quite a some time. I used to type my post first in MS words. Tapi malangnya 2 minggu lepas laptop diserang virus, dan semua documents hilang, termasuk lah kesemua post yang dah sedia ada utk di-transfer ke Blogger. ):

Banyak yang saya hutang untuk berkongsi dengan semua orang. Especially buku-buku yang saya dah baca. Maaf. Tapi hari ni, biarlah saya cerita, rumuskan, kesemua apa yang saya dapat manfaatkan setelah menyertai kesemua coaching session bersama Kak Elin dan kumpulan U-Youth saya. Maaflah kalau saya menggunakan bahasa rojak. Lagi selesa. English dan bahasa melayu. The two mediums that we used to communicate with people every single day.

KAWAN-KAWAN BARU. SAMANGAT BARU (:

From the very first day I stepped into UM on 4th of September 2011, I never felt happy. :p Hakikatnya, bila orientasi dipisahkan dari local students, saya dah mula rasa isolated. Bayangkanlah sepanjang seminggu, tak ada bercampur dengan sesiapa dari bidang sendiri (Accountancy). And the first day of class, I feel so awkward entering the lecture hall without knowing any single person from my fac, sementara yang lain tu, wah, da ada clique sana sini. 

I had a time adjusting myself to the so-called new environment. I couldnt find myself a friend, like seriously. Setakat jumpa orang senyum, tanya dari mana, lepas tu masing2 seolah-olah angkat kaki. Oh well. Sudah tentu, mesti orang akan berkata balik pada saya "why dont you make the first move?". To think of it back, yah, I should. Tapi entah, seolah-olah tak kuasa. Pergi mana-mana semua sendiri. Dari kolej 12 ke fakulti, pergi balik semua jalan kaki, seorang diri. MasyaAllah asabiah sungguh. Kononnya prinsip hidup saya "takde kawan pun boleh hidup, tak mati." Sombong kan? Tulah hakikatnya. Entah kenapa, rasa inferior sangat. Rasa macam budak-budak UM ni terlampau pandai, untuk bandingkan dengan diri saya, yang saya hanya nasib aje dapat belajar kat UM ni. Rasa mcm orang tak nak berkawan dengan saya.

Semester 2 banyak mengajar saya. Sedarkan saya. Yelah kan. 4 tahun kat UM, all the way nak sorang2?. Jauh di sudut hati, saya inginkan seorang sahabat, bukan setakat kawan. Seorang sahabat yang boleh terima saya seadanya, dan ada dengan saya tak kira dalam apa pun keadaan. Memang tak jumpa lagi buat masa sekarang.

Hati dan minda mula terbuka dengan lebih luas, luas seluas-luasnya bila saya join SERU. Mula-mula terfikir, eh macam mana ni? Dengan budak-budak fac sendiri tak bergaul sangat. Nak bergaul dengan budak fac lain? Alamak boleh ke?. Tu jelah dalam otak. Tapi saya cuba sematkan satu benda masa tu. Be yourself, Nur Atiqah. Alhamdulillah hari pertama participate dalam SERU, dapat menjadi diri sendiri, dan entah?. Automatic muka ni tersenyum aje. Hahaha.

Ternyata...........Tak jugak. Tengok rakan-rakan SERU ni boleh aje berbual dengan saya. Nampak seronok aje. :P Sungguh, rasa sangat selesa, dan alhamdulillah, seterusnya selesa sampai lah ke akhir coaching session. Partner SERU saya, Muhd Zulfadhli, aduhai.. Tersangat lah gerek,. Kecoh dan macam-macam lagi. Baru jadi partner sehari, macam2 yang dah dikongsi. Kongsi cerita, kongsi masalah, kongsi pengalaman, kongsi pendapat .. Dan apa yang best ada Zul sbg partner, tak kering gusi ! Asik nak gelak aje. Dia seorang pendengar yang baik. Alhamdulillah selesa berkongsi cerita dengan dia, dan alhamdulillah jugak, dia sudi berkongsi baaaaaaaaaaanyak pengalaman dan masalah yang dia hadapi, walaupun pointer dia 3.9++ !! Ooopps :P Ahhh. Tak kisah lah pointer tu. Tu rezeki dia. Tapi apa yang buat saya terharu sangat tentang dia is, dia percaya saya, dengan tanpa fikir dua kali, beritahu saya satu rahsia, yang memang takde orang lain tahu. Subhanallah. Tiba-tiba terasa diri sangat berguna :D

Selain partner, ramai je kenalan dari SERU yang hatta ke hari ini masih lagi berkawan baik dan kadang-kadang tu bertanya khabar, berkongsi masalah dalam belajar, assignments. Kumpulan U-Youth saya, meh saya kenalkan...

Hazwan Zulkifle - Cool sangat orangnya.
Atikah Zakaria - Aduhai lemah lembut.
Inia - Ceria sentiasa.
Firman - Kesungguhan dia jadi inspirasi.

Kesemua mereka mempunyai ciri masing-masing yang membuatkan saya seolah-olah ingin sekali ada ciri-ciri tersebut. Masing-masing tersangat beza. Well. That makes us a group (:

KEJAYAAN TERKINI


This sounds impossible. Haha. But the greatest thing that I've achieved now is, I managed to score for my Accounting test (tho I did bad to some other modules). But alhamdulillah. Major subject tu ~ Banyak lagi yang perlu dikejar. Kadang tu rasa tercungap-cungap. Tapi rasanya, kalau ada kemahuan, kalau kita betul-betul nak kan sesuatu, go for it ! Tak kisah lah kalau tak dpt jadi yang terbaik. Asalkan dah cuba yang terbaik. Kalau hari ni bukan rezeki kita, insya Allah hari lain ada. Kalau sesuatu tu bukan rezeki kita, insya Allah, Allah akan bagi nikmat dari bentuk lain pula (:

والله أعلم بالصّواب