Saturday 5 May 2012

شمائل رسول الله (:

بسم الله الرّحمن الرّحيم

As promised. I'm gonna tell you about the book of  شمائل رسول الله. Ok, shall talk in Malay k?. :p

Okay. Buku ini diterbitkan oleh Pena Ilmu dan Amal, di bawah naungan Telaga Biru. Bukunya simple. Mengandungi hadith, dan kata2 dari sahabat. Kesemuanya diriwayatkan oleh Imam Al-Tarmizi. Maksud شمائل ialah kesempurnaan. So buku ni memang mengandungi hadith yang memberitahu kita tentang bagaimana hidup seharian Rasulullah, dari segi bentuk fizikal beliau, cara pemakanan, cara bersandar, cara tidur, cara pemakaian, cara bercelak, cara mengenakan wangian dan macam2 lagi. 

Banyak benda yang boleh dikongsi. Buku ni sangat interesting. Tapi apa kata, saya berkongsi dengan pembaca, bagaimana kita boleh mengaplikasikan cara Rasulullah, dalam perkara-perkara yang biasa yang kita sbg manusia biasa lakukan.

____________________________________________________________________

CARA MAKAN

Diriwayat oleh Ka'b Bin Malik R.A 

أنّ النّبي صلّى الله عليه وسلّم كان يأكل بأصابعه الثلاث ويلعقهنّ

Maksudnya  : "Rasulullah (saw) makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Usai makan, beliau mennjiat ketiganya.."

Ketiga jari tersebut adalah ibu jari, jari telunjuk, dan jari tengah (:

____________________________________________________________________


CARA MINUM

Diriwiyat oleh Anas Ibn Malik R.A

أنّ النّبي كان يتنفس في الإناء ثلاثا إذا شرب . ويقول هو أمرأ وأروى 

Maksudnya : "Rasulullah (saw) menarik nafas tiga kali ketika meminum air. Beliau berkata ia lebih menyihatkan dan memuaskan"

Okay. Secara logik, memang benar. Pernah ke orang minum air sambil bernafas?. Ada kemungkinan untuk tersedak. Mungkin..

____________________________________________________________________


CARA BERSANDAR

Diriwayat oleh Jabir bin Samurah R.A

رأيت رسول الله صلّى الله عليه وسلّم متّكئا على وسادة

Maksudnya : "Aku melihat Rasulullah (saw) bersandar ke bantal"

Untuk tak sakit belakang, sandar lah ke bantal (:

____________________________________________________________________


CARA TIDUR

Diriwayatkan oleh Abu Qatadah

أنّ النبي صلّى الله عليه وسلّم كان إذا عرّس بليل اضطجع على شقّه الأيمن, وإذا عرّس قبيل صبح نصب ذراعه ووضع رأسه على كفّه

Maksudnya "Jika Rasulullah (saw) hendak tidur di amalm hari, beliau berbaring menghadap kanan. Jika beliau hendak tidur sesaat sebelum subuh, beliau menegakkan lengan dan meletakkan kepala beliau di atas tapak tangan beliau. "

____________________________________________________________________


CARA BERBICARA

Diriwayatkan oleh Aisyah R.A : "Rasulullah tidak pernah berbicara seperti kalian yang berbicara dengan sangqat cepat. beliau selalu berbicara dengan jelas sehingga orang yang duduk bersama dapat menghafalnya"

Dari Anas Ibn Malik pula:

كان رسول الله يعيد الكلمة ثلاثا لتعقل عنه

Maksudnya : "Rasulullah (saw) mengulangi perkataan beliau sebanyak tiga kali agar bisa difahami oleh pendengarnya."

Hmm. Ingat lagi tak kelemahan saya?. Suka berbual laju?.. Astaghfirullah terasa sangat insaf membaca riwayat isteri Rasullah. Yes. Saya memang perlu belajar untuk berbual dengan perlahan.

____________________________________________________________________


CARA TERTAWA

Diriwayatkan Abdullah Bin Harith R.A

ما كان ضحك رسول الله صلّى الله عليه وسلّم إلا تبسّما

Maksudnya : "Tawa Rasulullah (saw) hanyalah senyuman."

Rasulullah tidak ketawa, gelak, beliau hanya sering tersenyum.\

____________________________________________________________________


CARA MEMBACA AL-QURAN

Diriwayatkan oleh Ya'la Bin Mamlak,

أنّه سأل أمّ سلمة عن قراءة رسول الله صلّى الله وسلّم, فإذا هي تنعت قراءة مفسرة حرفا حرفا

Maksudnya : "Ya'la Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah (saw) membaca Al-Quran. Dan munurutnya, Rasulullah (saw) membaca Al-Quran dengan jelas, satu kalimah selepas satu."

Memang benar, atas dasar pengalaman saya sendiri sebagai seorang bekas pelajar tahfiz di Darul Quran Singapura dahulu, dan sudah belajar selok belok Nahu Arabi dan Sharafnya, sebaik2nya apabila membaca Al-Quran, haruslah dengan jelas, terang makhraj hurufnya. Kerana, secara logik nya, kalau kita baca asal boleh, kalimah akan bertukar bunyi, dan makna nya juga akan salah. Al-Quran adalah kalimah Allah. Tidak boleh baca dengan salah (:

____________________________________________________________________


Alhamdulillah. Mudah-mudahan dapat lah sedikit sebanyak manfaat dari apa yang telah dikongsikan. Sesungguhnya banyak lagi cara Rasulullah yang boleh kita sama-sama praktikkan. Memang tak semua yang kita boleh ikut sebab Rasulullah adalah sesempurna manusia. Tapi disebabkan itulah, sama-sama kita cuba, supaya boleh sama-sama mendapat benefit dari cara beliau. Ikhlaskan hati, cuba, insya Allah akan nampak hasil yang positif (:

الله يبارك لكم

1 comment:

  1. Salam Atiqah

    Love reading your post.
    Tq for sharing, fantastic!

    See u.
    Abg Amirul & Kak Elin

    ReplyDelete