Thursday 18 April 2013

Kawan.

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualaikum Wr Wb..

Tiba-tiba terasa nak post tentang KAWAN.
Kawan bagi saya adalah orang terpenting dalam hidup, yang banyak memberi tunjuk ajar.
Yang banyak membuat saya timba bermacam2 pengalaman.
Seorang Singapura yang tinggal di Johor Bahru, dan belajar di Kuala Lumpur, sesungguhnya saya puyai kawan yang sangat ramai. Dari merata tempat.

Namun, tak semua kawan kita itu sahabat.
Apa bezanya kawan dengan sahabat?
Kawan, sesiapa pun punyai kawan. Kawan ada di mana2. Sesiapa pun boleh jadi kawan.
Tapi sahabat? Sahabat memang payah dicari.
Pernah ke kita dengar zaman Rasulullah dulu, Saiyidina Abu Bakar semua itu digelar sebagai sebagai 'kawan'? Tak kan?
Mereka itu sahabat, yang sentiasa melundingi Rasul kita, yang sentiasa berada bersama baginda dalam susah mahupun senang.

Orang kata, susah nak cari kawan yang baik.
Tapi saya kata, susah lagi nak jadi kawan yang baik.

Read between the lines yah?

Beberapa hari ni, banyak kali saya tersentap dengan beberapa situasi yang melibatkan kawan2 yang saya sayang.
Entah kenapa, ada kalanya rasa seperti diri tak dihargai. 
Walaupun sebagai kawan biasa, namun terasa saya ni tak wujud.

Sayunya hati bila tidak sedikit pun saya lupa pada kawan2 yang saya rapat,
tapi saya dilayan seolah2 saya bukan langsung kawan mereka.

Ada pula yang menyembunyi kan bermacam rahsia sedangkan saya sering dikata sebagai "kawan terapat". Saya orang terakhir yang tau "rahsia besar" dia tu.
Ada pula, yang memang tak sudi langsung nak contact lagi. Hilang tanpa berita. Fb ada. Skype ada. Tapi langsung tak membalas sikit pesanan.
Ada pula yang menyerahkan pemberian saya pada orang lain di hadapan saya,

Kalau mereka tahu siapa mereka ini....
Satu sahaja yang nak saya tanya..
Takkan sikit pun saya tak berharga pada kalian?..
Kalau ada salah, tolong tegur..
Kalau pernah mengguris, apa salahnya berterus terang?..

Hati kalau dah tersentap, sungguh terasa sangat. 
Sebab mereka bertiga di atas itu antara kawan yang paling saya letak dekat pada hati.

Kalau boleh, saya nak letak aje ego kat tepi..
Buang rasa marah, rasa kecik hati..
Buat macam biasa..
Sebab apa, saya sayang kawan2 saya..
Kalau boleh tak nak ada conflict apa2.

Tapi... Wallahu a'lam. 
Mungkin ada silap saya di mana2 yang membuat mereka ini seolah2 benci pada saya.
Dan.. Mungkin mereka tak perlukan saya lagi..
So yah.. Saya cuba belajar untuk tak memikirkan sangat......
Kata orang, not to dwell too much..

MORAL :
kalau ada kawan2 yang ada buat silap, tegur aje..Biar mereka tahu..
jangan sakitkan hati mereka.
jangan terlalu menghukum..
kita bukan sesiapa nak hukum orang sekeliling kita..
memang, kita masih boleh hidup tanpa kawan..
tapi sekurang2 nya kenang jasa kawan..
sekurang2 ingat waktu senang sama2..
kenang usaha kawan yang sedaya upaya cuba untuk ada dengan kita.
kalau tak suka nak berkawan, maka berterus terang mungkin lebih baik?
dari kita menjauhkan diri.. atau buat apa2 yang menyakitkan hati?..

berkata benar walaupun pahit kan?..

So I am taking the change here to apologize for any wrongdoings..
To whoever you are..

Kawan2 RSS. Coachees. 
Sesiapa pun yang terbaca post nie.
^^

No comments:

Post a Comment