Saturday 1 September 2012

Wajah Bercahaya Berkat Berselawat

بسم الله الرّحمن الرّحيم


Telah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Abul Laits AsSamarqandi sedang dalam perjalanan bermusafir bersama ayahnya.Dengan takdir Allah, ayahnya telah jatuh sakit. Dari hari ke sehari, sakit ayahnya semakin tenat dan akhirnya meninggal dunia.

Tinggalkan Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Dia menunggu-nunggu kalak ada rombngan kafilah yang lalu untuk dia meminta tolong untuk menguruskan jenazah ayahnya. Dalam masa menunggu, dia terlihat wajah ayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya-tanya mengapakah dengan tibat-tiba sahaja wajah ayahnya berubah.

Oleh kerana dia telah bermusafir jauh, badannya terasa letih. Lalu tertidur. Semasa dia tertidur, dia termimpi berjumpa dengan seorang pemuda yang bercahaya wajahnya. tanpa berlngah-lengah lagi dia bertanya "Siapakah saudara?

Dijawab oleh pemuda itu:"Saya adalah Muhammad bin Abdullah."

Tahulah Abul Laits bahwa yang datang itu adlah Rasulullah s.a.w. Betapa gembiranya hatinya. Maka ditanya lagi: "Wahai Rasulullah, apakah maksud tujuanmu datang ke sini?"

Jawab Rasulullah "Aku datang kerana hendak menziarahi jenazah ayahmu."

Setelah diizinkan, lalu Rasulullah s.aw. pun membuka kian yang menutupi mayat ayah Abul Laits lalu terus berdoa. Tatkala itu juga Abul Laits nampak wajah ayahnya yang tadi hitam menjadi bercahaya. Dia bertambah hairan akan perubahan itu lalu bertanya pada Rasulullah: "Apakah yang menyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?"

Jawab Baginda: "Ayah kamu semasa hidupnya telah berbuat dosa dalam keadaan orang lain tidak mengetahuinya. Tetapi pada waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur, dia bangun dan merintih kepada Allah, mengadu bahawa dia sedar apa yang dilakukannya adalah dosa dan Allah murka padanya, tetapi dia tidak mampu untuk melawan hawa nafsunya yang selalu mendorongnya untuk berbuat dosa. di samping itu, ayahmu juga tidak kering bibirnya dari berselawat untukku. Sebab itulah oada hari kematiannya Allah memerintahkan aku untuk menziarahi mayatnya."

Maka fahamlah Abul Laits akan hal yang telah terjadi ke atas ayahnya.

Begitulah kisah ayah Abul Laits yang tidak mampu untuk melawan nafsunya tetapi ia sedar yang ia telah melakukan dosa lalu tetap mengadu kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosanya. Dia sedar akan luasnya rahmat Allah. Maka sebab itulah tiap kali dia melakukan dosa, dia akan bertaubat.

Sabda Rasulullah: "Orang yang sentiasa bertaubat dari dosa itu, sama seperti orang yang tiada dosa."

Tetapi hendaklah kita berinagt bahawa hanya taubat yang sebenar-benar dari hati yang tidak ingin mengulanginya sahaja yang akan diterima Allah.

Kita dianjurkan supaya selalu bertaubat dari dosa-dosa sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak. Hendaklah kita ingat bahwa taubat yag tidak cukup syaratnya tidak diterima Allah. Di antara syarat-syarat bertaubat ialah seseorang itu sedar dia melakukan dosa dan meminta ampun atas dosa itu kemudain menyesali akan perbuatannya yang telah lalu and akhirnya berazam tidak mahu mengulanginya  lagi. Tetapi kalau manusia itu telah berbuat dosa sesama manusia, syaratnya ditambah lagi dengan meminta ampun dari orang yang terlibat. Cukup dengan sayart itu, barulah seseorang itu dikira telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Dari cerita tadi.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang membaca selawat untukku kerana mengingatiku, maka Allah mencipta kan dari selawat itu malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur  dan satu sayapnya lagi di barat. Sedang dua kakinya di bawah bumi ketujuh dan lehernya sampai hingga ke Arasy.."

Sabda baginda lagi: "Barangsiapa yang selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, maka kelak pada hari kiamat, dia datang dengan bersinar-sinar wajahnya, sekiranya sinar itu dibahagikan kepda semu makhluk nescaya mencukupi."

****************************************************************

Itulah kisahnya dari sebuah buku yang kecil aje. Tapi cukup bermakna. Cara untuk wajah nampak berseri, senang sahaja, berselawatlah selalu kepada Rasulullah s.a.w (:

والله أعلم بالصّواب

No comments:

Post a Comment